Tuesday, March 2, 2010

OL' DA BEST!


hehe..serasa dah lama tak menjenguk laman blog ni...

di sini saya ingin menitipkan kata-kata selamat kepada semua pelajar smks 19 yang akan menempuh ujian setara 1-MAC 2010 :)



Thursday, January 21, 2010

New World...New Life...

salam semua...
alhamdulillah...setelah lima hari bertugas di sekolah ini,
hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi perasaan dan pengalaman bersama anda semua...
setakat ini tidak banyak yang dapat saya lakukan.
maklum sajalah, pada dua minggu pertama ini saya dan kawan-kawan lebih menumpukan kepada perihal sekolah, bagi melunasi syarat yang terkandung dalam Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). mungkin ramai yang tidak dapat membezakan antara pelaksanaan ROS dan Latihan Mengajar (PRAKTIKUM).

Sebenarnya, ROS yang dimaksudkan ialah berkenaan dengan urusan yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah, tentang segala maklumat dan perihal yang terdapat atau berlaku di sekolah. Ringkasnya, kami perlu mendapatkan segala maklumat berkenaan urusan pentadbiran, dan melihat bagaimana cara pihak pentadbir menguruskan sekolah. Tujuan kami diamanahkan untuk melalui program ROS ini adalah supaya kami membiasakan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah umumnya, dan budaya serta persekitaran pelajar dan guru khususnya. Objektif yang dapat saya lihat di sini ialah, kami sebagai bakal guru dapat membiasakan diri dengan persekitaran kerja yang akan kami hadapi nanti.

Apa yang saya telah peroleh setakat ini adalah beberapa maklumat asas tentang sekolah. Syukur alhamdulillah kerana agak mudah bagi kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Sebagai guru praktikum yang menyandang option Bimbingan dan Kaunseling, saya dan rakan sekursus ditempatkan di bilik Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini. Pada hari Rabu, kami berdua telah diberi kepercayaan mengendalikan program Kelas Rancangan Khas (KRK) untuk pelajar tingkatan dua sekolah ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tidak sukar untuk mengendalikan pelajar seramai 54 orang ini kerana mereka mudah menurut arahan yang diberikan. Kami berasa gembira sepanjang mengendalikan modul dan LDK bersama para pelajar ini. Kami juga berasa lega kerana mampu mengendalikan program tersebut dengan baik.

Namun demikian, saya berasa agak gentar apabila kaunselor sekolah ini mengatakan bahawa agak mudah untuk mengendalikan para pelajar yang terdiri daripada Kelas Rancangan Khas kerana mereka terdiri daripada pelajar yang cerdik yang mendapat keputusan 4A atau 5A ketika UPSR yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana MRSM atau SBP. Apa yang mengganggu fikiran saya adalah apabila kaunselor tersebut memaklumkan bahawa untuk mengendalikan pelajar-pelajar dari kelas-kelas lain adalah tidak mudah dan agak mencabar. Lebih-lebih lagi pelajar senior yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima yang mempunyai pelbagai ragam.

Kenyataan tersebut saya semat ke dalam kotak fikiran supaya saya sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi ragam dan kerenah pelajar yang sukar dijangka seperti yang diperkatakan oleh kaunselor sekolah ini. Semoga saya dapat melalui hari-hari yang menyenangkan sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini. Nanti ada masa saya akan uploadkan gambar-gambar yang diambil ketika mengendalikan program KRK pada hari Rabu yang lepas.. Sampai jumpa lagi...

Tuesday, November 17, 2009

.:: SALAM UKHUWAH FILLAH ::.

Salam satu Malaysia diucapkan kepada semua readers yang sudi untuk menjenguk ke laman ini.. Terbinanya laman New World ini merupakan satu cetusan idea daripada seorang pensyarah di tempat aku menuntut ilmu pada ketika ini. Sedih rasanya saat menghitung detik waktu untuk meninggalkan tempat yang menyimpan seribu kenangan dan cerita tentang jatuh bangun seorang aku. Di sini bermulanya sebuah cerita. Di sini lah detik permulaan aku bertatih dan belajar memahami apa itu maksud dunia kaunseling. Di sinilah tempat aku bertungkus lumus menimba ilmu serta mengejar impian untuk bergelar seorang manusia yang sebenar-benar manusia. Tidak mudah bagi diri kerdil ini untuk menjiwai apa sebenarnya yang aku pelajari di sini. Namun, setelah aku renungi, setelah aku hayati, kini aku mengerti...betapa besar erti sebuah kehidupan...Kini, aku bakal menamatkan cerita di sini. Namun, kehidupan masih perlu diteruskan...Dan...sebuah cerita baru akan bermula lagi...Aku akan melangkah ke satu dunia baru...dunia realiti...untuk aku aplikasikan segala ilmu yang diperoleh sepanjang aku berada di sini...Semoga DUNIA BARU yang bakal aku tempuhi dapat menjadikan aku lebih dewasa...dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik dari semalam...

Bicara seorang aku,
-Insan Kerdil Berjiwa Besar-
Perpustakaan Tuanku Bainun
-UPSI-
~12:57 pm~